mySAMB 앱 분석 (10월 6일)
mySAMB
- SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD
- Apple App Store
- 유료
- 유틸리티
Memperkenalkan aplikasi mySAMB baharu — cara lebih pintar untuk mengurus perkhidmatan air anda. Klik Je Setel!
Nikmati rekaan serba baharu, bayaran bil yang lebih pantas, kemas kini gangguan air masa nyata, paparan penggunaan air, dan akses mudah ke semua keperluan akaun air anda — semuanya dalam satu aplikasi yang lengkap.
Ciri-Ciri Utama:
Pengurusan Akaun Air Serba Lengkap
Urus pelbagai akaun air mySAMB dengan mudah dan lengkap. Kemas kini maklumat bil, semak status akaun, dan kekal mengawal pada setiap masa.
Paparan Bil & Insight Penggunaan
Akses dan semak bil terdahulu serta bil terkini, pantau trend penggunaan melalui graf interaktif, dan rancang penggunaan air anda dengan lebih bijak.
Bayaran Bil Pantas & Mudah
Bayar bil air anda dengan cepat dan selamat menggunakan FPX sebagai kaedah pembayaran utama — lebih mudah dan terus melalui perbankan internet anda.
Makluman & Notifikasi Masa Nyata
Maklumat kemas kini segera mengenai gangguan air berjadual atau tidak berjadual, bil baharu, peringatan pembayaran dan pengumuman penting.
Lihat Sejarah Transaksi
Akses rekod penuh bil, pembayaran dan permohonan perkhidmatan anda — semuanya tersusun dalam satu paparan.
Berita & Pengumuman
Ikuti perkembangan terkini, pengumuman penting dan makluman rasmi daripada mySAMB.
Hubungi Kami
Perlu ke kaunter perkhidmatan mySAMB? Gunakan ciri pencari lokasi untuk mengetahui pusat perkhidmatan terdekat dengan mudah.
Aduan & Laporan Isu
Laporkan isu berkaitan air seperti gangguan bekalan, kebocoran, tekanan rendah atau masalah perkhidmatan. Jejaki status aduan anda terus melalui aplikasi untuk ketelusan dan kemudahan.
스토어 순위
스토어 순위는 Google과 Apple이 설정한 여러 매개변수를 기반으로 합니다.
모든 카테고리 ·
미국--
유틸리티 ·
미국--
월평균 다운로드를 확인하려면 계정을 만드세요문의하기
mySAMB 순위 통계 추이
mySAMB의 Similarweb 사용량 순위 및 Apple App Store 순위
순위
데이터가 없습니다
10월 6, 2026