TawbahPro 앱 분석 (10월 15일)
TawbahPro
- Empayar Inovasi RNM
- Apple App Store
- 유료
- 라이프스타일
TawbahPro — teman ibadah harian anda. Dibina di Malaysia, untuk umat Islam Malaysia.
Waktu solat tepat terus daripada e-Solat JAKIM untuk zon anda — 57 zon seluruh negara — dengan peringatan sebelum setiap waktu dan widget di skrin utama. Percuma, selamanya.
WAKTU SOLAT JAKIM
• Data rasmi e-Solat JAKIM, ikut zon anda — bukan kiraan anggaran
• Notifikasi sebelum setiap waktu — anda tak terlepas lagi
• Kekal tepat walaupun tanpa internet (simpanan lebih 2 minggu)
• Widget waktu solat — termasuk di Lock Screen
• Tarikh Hijrah setiap hari
AL-QURAN PENUH, OFFLINE
• 114 surah dengan teks Arab dan terjemahan Bahasa Melayu
• Berfungsi sepenuhnya tanpa internet — dalam LRT, di kampung, di mana-mana
• Cari surah dalam sekelip mata
PANDUAN SOLAT & IBADAH (Premium)
• Panduan langkah demi langkah: wuduk, solat fardu, mandi wajib dan banyak lagi
• Bacaan Arab dengan audio sebutan
• Disemak mengikut Mazhab Syafie
• Pratonton percuma untuk setiap panduan
JEJAK AMALAN & STREAK (Premium)
• Senarai amalan harian siap tersedia — tiada setup
• Satu tick sehari, bina streak istiqamah anda
• Heatmap 6 bulan — tengok konsistensi anda membesar
• Cuba percuma 7 hari
MOD RINGKAS UNTUK MAK & AYAH
• Teks besar, paparan tenang, tiada kekeliruan
• Set up sekali untuk mereka — hadiah kecil yang bermakna
AMANAH KAMI
• Tiada iklan
• Tiada penjualan data — malah tiada tracker analitik dalam app
• Tanpa login — muat turun, terus guna
• Sync percuma bila anda log masuk: tukar telefon, amalan anda ikut
TawbahPro Premium membuka panduan penuh dan jejak amalan — RM49.90/tahun dengan percubaan percuma 7 hari, atau pilihan bulanan dan seumur hidup.
Dibina oleh pembangun tempatan untuk komuniti sendiri. Semoga TawbahPro membantu istiqamah anda.
스토어 순위
스토어 순위는 Google과 Apple이 설정한 여러 매개변수를 기반으로 합니다.
모든 카테고리 ·
미국--
라이프스타일 ·
미국--
월평균 다운로드를 확인하려면 계정을 만드세요문의하기
TawbahPro 순위 통계 추이
TawbahPro의 Similarweb 사용량 순위 및 Apple App Store 순위
순위
데이터가 없습니다
10월 15, 2026