MyDIMS のアプリ分析 10月16日
MyDIMS
- JABATAN DIGITAL NEGARA (JDN)
- Apple App ストア
- 有料
- 天気
Sistem Pengurusan Maklumat Bencana Malaysia (MyDIMS) ialah aplikasi mudah alih percuma yang dibangunkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) iaitu sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Aplikasi ini direka untuk membantu orang ramai dalam membuat persediaan dan bertindak balas terhadap bencana.
Ciri-ciri utama MyDIMS termasuk:
- Amaran Awal Bencana: Aplikasi ini menyediakan notifikasi segera (push notification) untuk amaran awal bencana yang membolehkan pengguna menerima maklumat tepat pada masanya bagi perancangan harian dan kesiapsiagaan.
- Lokasi Bencana Masa Nyata (real time): Melalui peta interaktif pada platform mudah alih ini orang ramai boleh melihat lokasi kejadian bencana secara masa nyata (real time).
- Akses kepada Aplikasi Agensi Berkaitan: MyDIMS menyediakan pautan kepada aplikasi agensi berkaitan dengan bencana. Walau bagaimanapun, pengguna perlu memuat turun aplikasi-aplikasi tersebut secara berasingan sebelum boleh diakses.
- Maklumat Nombor Kecemasan: Aplikasi ini memaparkan nombor untuk menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri dan Daerah terdekat serta agensi kecemasan lain berdasarkan lokasi pengguna. Selain menyediakan panduan navigasi ke lokasi tersebut melalui aplikasi Google Maps atau Waze.
- Panggilan Kecemasan MERS 999: MyDIMS mempunyai pautan dail segera ke talian kecemasan MERS 999 untuk bantuan kecemasan.
- Maklumat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Berdekatan: Pengguna boleh melihat senarai PPS terdekat. Aplikasi ini menyediakan status terkini daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sama ada PPS tersebut dibuka atau ditutup, kapasiti serta jarak ke PPS tersebut. Panduan navigasi ke PPS juga tersedia melalui Google Maps atau Waze.
ストアランキング
ストアランキングは、GoogleとAppleが設定した複数のパラメータに基づいています。
業界別 ウェブサイトカテゴリーで
米国--
天気で
米国--
アカウントを作成して平均月間ダウンロード数を見るお問い合わせはこちら
MyDIMS時間の経過に伴う ランキングの統計
Similarwebの使用ランクとMyDIMS向けApple App ストアランク
ランキング
ご利用可能なデータがありません
10月 16, 2026